Tuesday 9 December 2014

2 ditahan bantu kes 
kerat warga Myanmar

09 Disember 2014 2:09 AM
KUALA LUMPUR 8 Dis. – Polis menahan dua lagi lelaki bagi membantu siasatan kes pembunuhan lelaki Myanmar yang mayatnya dikerat empat dan ditanam di kawasan lapang berhampiran Kem Batalion 3, Pasukan Gerakan Am (PGA), dekat Bidor, Perak baru-baru ini.
Difahamkan, dua lelaki berusia 20 hingga 30-an itu ditahan kerana bersubahat menculik mangsa pada 12 November lalu.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, dua suspek terbabit ditahan di Singapura dengan bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) sebelum mereka dibawa ke negara ini.
Katanya, pihaknya masih memburu seorang lagi suspek yang masih bebas.
“Kedua-dua suspek yang ditahan itu telah direman tujuh hari. Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kita mengesan beberapa motif antaranya balas dendam atau masalah dadah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Sebelum ini, seorang lelaki yang dilaporkan diculik di ibu negara pada 12 November lalu ditemukan mati dibunuh dengan mayatnya dikerat empat sebelum ditanam berhampiran Kem Batalion 3 PGA, dekat Bidor, Perak.
Penemuan mayat mangsa adalah hasil penahanan suspek utama yang telah membawa polis ke lokasi berkenaan.
Sementara itu, keluarga Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48, dan Konstabel Sharil Hisham Hashamdi, 25, yang maut dalam insiden sebuah pondok kawalan stor simpanan barang kes di Jalan Belfields, Kampung Attap dihempap sebatang pokok besar pada 12 Oktober lalu, menerima sumbangan wang insurans sumbangan tabung polis dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/2-ditahan-bantu-kes-8232-kerat-warga-myanmar-1.34320#sthash.jpJpIOVV.dpuf

No comments:

Post a Comment