YANGON - MYANMAR . Pemimpin agama Tibet, Dalai Lama, menggesa ketua pembangkang Aung San Suu Kyi untuk meningkatkan usaha bagi membantu etnik Islam Rohingya yang dianiaya berikutan krisis penyeludupan manusia baru-baru ini.
 
Walaupun ribuan pelarian Rohingya meninggalkan Myanmar untuk melarikan diri daripada kemiskinan dan layanan berbeza yang diterima berbanding majoriti Buddha di negara itu, Suu Kyi sehingga kini masih belum mengulas lanjut.
 
"Suu Kyi perlu bersuara. Situasi yang berlaku sekarang amat menyedihkan. Sebagai pemegang Hadiah Nobel, diharap beliau boleh melakukan sesuatu," katanya.
 
Menurutnya lagi, adalah tidak mencukupi dengan hanya bertanya bagaimana untuk membantu Rohingya dan yang pasti ada sesuatu tidak kena dengan cara manusia berfikir di mana akhirnya kita kurang prihatin terhadap nyawa orang lain.
 
Isu Rohingya menjadi perhatian bulan ini apabila ribuan orang dari etnik itu bersama pendatang Bangladesh diselamatkan di pantai Asia Tenggara selepas ditinggalkan dalam bot ketika melarikan diri. - The Guardian