BANGKOK - THAILAND. Kerajaan Thailand menolak permintaan Amerika Syarikat (AS) untuk menggunakan pangkalan rondaan maritimnya bagi membantu pelarian Rohingya yang terkandas di laut di rantau tersebut.

Menurut Bangkok Post, AS mahu menggunakan kemudahan di pulau peranginan selatan Phuket sebagai asas untuk rondaan selain meminta mengeluarkan pesawat pengawasan serta tentera dari Thailand.

"Permintaan yang diikuti latihan antikapal selam AS di Phuket itu bagaimanapun ditolak Angkatan Tentera Diraja Thailand," menurut media dpa memetik sumber tentera sebagai berkata.