Wednesday 27 May 2015

Thailand cari pendatang di laut

Bangkok: Thailand semalam memulakan misi tinjauan dari udara bagi mencari bot yang membawa ribuan pendatang yang dipercayai terkandas di Laut Andaman.
Ketua tentera udara Thailand Jom Rungsawang berkata, beberapa pesawat terbang menjangkaui 370 kilometer dari wilayah negara itu dan menumpukan carian di pesisiran barat daya negara itu.
“Kami menyediakan lapan pesawat daripada dua unit tentera udara.
“Kami bekerja rapat dengan stesen di darat dan laut di sepanjang laluan yang digunakan bot pendatang ini,” katanya.
Tentera udara Amerika Syarikat (AS) juga mengesahkan memulakan misi tinjauan udara di pantai barat Malaysia bagi mencari bot berkenaan.
“Misi itu konsisten dengan tawaran kami untuk membantu kerajaan di rantau ini dan meningkatkan kerjasama mengenai situasi di Laut Andaman serta Teluk Bengala,” kata jurucakap kedutaan AS di Bangkok, Melissa Sweeney.
Misi tentera Thailand dan AS itu tertumpu di Laut Andaman.
Thailand juga menghantar sebuah kapal pengangkut helikopter sebagai pusat perubatan sementara untuk pendatang yang ditemui kelak.
Bagaimanapun, tidak seperti Malaysia dan Indonesia, Thailand enggan menerima pendatang itu sebagai pelarian, tetapi melayan mereka sebagai pendatang haram.
Beribu-ribu pendatang etnik Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh dipercayai terkandas di laut andaman selepas ditinggalkan anggota sindiket penyeludupan manusia.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 27 Mei 2015 @ 7:41 AM


SEORANG penunjuk perasaan menjulang sepanduk mengecam pelampau Buddha Myanmar yang didakwa menjadi punca kepada kesengsaraan etnik Rohingya ketika menyertai perhimpunan di depan kedutaan Myanmar di Jakarta, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53659#sthash.BdAzrJvJ.dpuf

No comments:

Post a Comment