Thursday 14 May 2015

Buru dalang seludup manusia

Bangkok: Polis menggiatkan usaha memburu ketua dalang penyeludupan manusia Thai termasuk menyiasat sama ada sebuah pulau persendirian berhampiran sempadan lautan dengan Malaysia memainkan peranan penting dalam rangkaian pemerdagangan membabitkan beberapa negara.
Polis Thai percaya Pajjuban Aungkachotephan - yang pernah menjadi pegawai
daerah kanan dan dikenali penduduk tempatan sebagai Ko Tong - sudah melarikan diri dari negara itu sejak waran tangkap dikeluarkan terhadapnya, Sabtu lalu.
Siasatan melihat sama ada Ko Tong menggunakan pulau kecil berkenaan sebagai pangkalan untuk rangkaian penyeludupannya yang terbongkar selepas puluhan mayat ditemui di sempadan berhampiran Malaysia pada 1 Mei lalu.
Polis mengambil tindakan tegas berikutan penemuan itu yang mengakibatkan kumpulan penyeludup melarikan diri dan mengabaikan ratusan migran dari Myanmar serta Bangladesh di kem pengapungan di dalam hutan di sempadan Malaysia-Thai.
Sekitar 2,000 ditemui di atas bot di perairan Malaysia serta Indonesia, malah ada turut berenang ke daratan. Ribuan lagi dibimbangi hanyut di laut tanpa makanan atau minuman.
Timbalan komander daerah di selatan Thai, Mejar Jeneral Paveen Pongsirin berkata: “Ko Tong adalah dalang kumpulan penyeludup di wilayah Satun, namun itu saja yang boleh saya dedahkan setakat ini.
“Dia mempunyai banyak aset bernilai jutaan baht yang sudah dirampas. Memang dia orang terkenal.”
Kumpulan hak asasi manusia dan pemerhati sudah lama menuding jari terhadap pihak berkuasa Thai termasuk polis serta tentera menutup sebelah mata terhadap masalah pemerdagangan manusia selama ini, malah dituduh bersubahat.
Setakat ini 18 orang ditahan berhubung skandal itu termasuk pegawai tempatan manakala waran dikeluarkan terhadap 32 yang lain. Bagaimanapun, belum ada pegawai penguat kuasa atau tentera ditahan.
Sebaliknya, lebih 50 anggota polis termasuk pegawai kanan sudah dipindahkan daripada jawatan mereka kerana gagal mengambil tindakan berhubung kes penyeludupan manusia.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Mei 2015 @ 6:43 AM




PETUGAS mengeluarkan mayat dari kubu berhampiran kawasan berbukit, semalam. Sebanyak 26 mayat berada dalam kubur cetek itu yang ditemui 1 Mei lalu berhampiran Padang Besar di sempadan Malaysia.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/50813#sthash.Y1vRY533.dpuf

No comments:

Post a Comment