Monday 25 May 2015

Myanmar hadkan kadar kelahiran etnik Rohingya

Yangon: Myanmar mula menguatkuasakan undang-undang populasi yang menurut pertubuhan hak asasi menyasarkan etnik Rohingya beragama Islam, kumpulan minoriti yang menjadi tumpuan dalam krisis migrasi di Asia Tenggara ketika ini.
Akhbar milik kerajaan Myanmar Alinn melaporkan semalam, Presiden Thein Sein meluluskan undang-undang itu pada 19 Mei lalu.
Menurut kerajaan, undang-undang itu akan membenarkan pihak berkuasa wilayah memperkenalkan peraturan perancang keluarga bagi mengurangkan kadar kelahiran di negeri masing-masing.
Mereka kemudian boleh meminta kerajaan pusat mewajibkan wanita menunggu sehingga 36 bulan sebelum melahirkan seorang lagi anak.
Dalam laporan rasmi berikutan kekacauan pada 2012 yang menyaksikan kira-kira 200 orang Rohingya terbunuh dan 140,000 hilang tempat tinggal, sebuah suruhanjaya kerajaan mendesak kerajaan negara itu memaksa etnik itu mengurangkan kadar kelahiran mereka. - Agensi
PELARIAN Rohingya yang tiba di Indonesia baru-baru ini berehat di pusat perlindungan sementara di Kuala Langsa, Aceh, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 7:43 AM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/53139#sthash.21RbP8ln.dpuf

No comments:

Post a Comment