Monday 25 May 2015

Operasi cari, selamat bot bawa pendatang

Jakarta: Pihak berkuasa Indonesia memulakan operasi mencari dan menyelamat bot yang membawa pendatang Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh, kata jurucakap tentera semalam.
Operasi itu dilancarkan selepas Jakarta dikritik kerana enggan memberi perlindungan kepada pendatang berkenaan.
Jakarta dikritik selepas tidak membenarkan bot yang membawa beribu-ribu pendatang yang hanyut di laut masuk ke negara itu.
Pada Rabu lalu, Malaysia juga mengumumkan operasi mencari dan menyelamat pendatang berkenaan yang bakal ditempatkan semula atau dihantar balik dalam tempoh setahun.
Di Indonesia, nelayan negara itu menyelamatkan beratus-ratus pendatang selepas bot yang dinaiki mereka hanyut ke Aceh.
Jurucakap tentera Indonesia, Fuad Basya berkata, empat kapal tentera laut, dua bot pontun dan sebuah pesawat dikerah mencari dan menyelamat pendatang berkenaan.
“Kami menerima arahan rasmi daripada Presiden Joko Widodo (Jokowi) untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat di perairan Indonesia atau antarabangsa,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Mei 2015 @ 7:50 AM

PELAJAR Indonesia dan Malaysia mengadakan perhimpunan menyokong usaha membantu etnik Rohingya di Jakarta, semalam.

No comments:

Post a Comment