KOTA KINABALU - Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Bangladesh di sini, esok.
Ketika ditemui pemberita di sini hari ini, Anifah berkata, dalam pertemuan itu, mereka akan membincangkan antara lain isu berkaitan pendatang Bangladesh dan Rohingya.
"Ia satu daripada isu dan ia termasuk dalam agenda. Ia amat penting," kata beliau.
Pada Isnin, lebih 1,000 migran terdiri daripada pendatang Rohingya dari Myanmar serta Bangladesh dilaporkan telah mendarat di Langkawi. - Bernama