BEIJING - CHINA. Tembakan artileri dari Myanmar menyebabkan lima orang awam cedera manakala empat buah rumah dan beberapa kenderaan musnah, hari ini.

Menurut Channel News Asia, tembakan mengenai beberapa kawasan di bandar kecil Lincang.

Mac lepas, China meluahkan rasa marah selepas lima orang awam terbunuh di Yunnan disebabkan persengketaan antara kerajaan Myanmar dan puak pemberontak.

Kerajaan China menggesa Myanmar supaya mengambil langkah berhati-hati supaya perang saudara tidak merebak ke kawasan sempadan.

Beribu-ribu orang awam, termasuk warganegara China telah melarikan diri dari Myanmar semenjak perang saudara meletus beberapa bulan lepas.