Pajjuban Angchotiphan atau lebih dikenali sebagai Ko Tong dilapor bertindak sebagai penaja kes berkenaan.
Menurut Ketua Polis Negara, Jeneral Somyot Poompangmoung, Malaysia merupakan destinasi utama kumpulan sindiket penyeludupan tersebut selepas mangsa dibawa masuk ke negara ini.
“Saya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Malaysia di Phuket bagi menangani isu ini esok. Ini adalah antara usaha untuk menyelesaikan masalah penyeludupan pendatang Rohingya yang semakin berleluasa di rantau ini,” katanya kepada portal The Nation.
Dalam pada itu, Somyot juga berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana anggota polis yang disyaki terlibat dengan penyeludup terbabit selain memindahkan anggota tidak cekap.
Setakat ini, seramai 67 anggota polis telah dipindahkan dari kawasan yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan atas beberapa alasan.
Baru-baru ini, pihak berkuasa Thailand menemukan 26 mayat mangsa pemerdagangan di sebuah kem di hutan di wilayah Songkhla yang bersempadan dengan Malaysia.
BANGKOK 12 Mei – Polis Thailand sudah mengeluarkan waran tangkap terhadap adik seorang ahli politik tempatan di wilayah Satun, yang dipercayai dalang utama dalam kes pemerdagangan etnik Rohingnya di rantau ini.