Saturday 30 May 2015

Myanmar enggan dipersalahkan

Bangkok: Myanmar semalam bertegas menyatakan ia tidak boleh dipersalahkan berhubung krisis pendatang yang melanda Asia Tenggara ketika ini.
“Anda tidak boleh menyalahkan negara saya semata-mata,” kata Ketua Pengarah Kementerian Hal Ehwal Luar Htein Lin pada satu mesyuarat serantau di Bangkok.
Lebih 3,000 pendatang mendarat di Indonesia dan Malaysia sejak Thailand melancarkan operasi terhadap kumpulan penyeludupan manusia awal bulan ini.
Kira-kira 2,600 lagi dipercayai masih terdampar dalam bot di laut, kata agensi bantuan.
“Myanmar bukan satu-satunya negara yang menjadi punca kepada krisis pendatang ini. Rantau ini mengalami masalah penyeludupan manusia dan kami bersedia bekerjasama dalam usaha serantau dan antarabangsa untuk mencari jalan menanganinya,” kata Lin pada mesyuarat berkenaan.
Dia berkata demikian sebagai mengulas ucapan Pembantu Pesuruhjaya Tinggi agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) Volker Turk yang berkata, krisis pendatang di Teluk Benggala boleh ditamatkan jika Myanmar menangani puncanya.
“Ini memerlukan pelaksanaan sepenuhnya daripada Myanmar. Memberikan kewarganegaraan kepada semua penduduknya adalah perkara asas,” kata Turk.
Myanmar tidak menganggap etnik Rohingya rakyatnya.
Tetapi, pada masa sama ia menafi menindas masyarakat itu dan menyangkal dakwaan mereka lari kerana dizalimi.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2015 @ 5:10 AM


PELAMPAU dan sami Buddha Myanmar menunjuk perasaan membantah tekanan antarabangsa terhadap negara itu berkait dengan isu pelarian Rohingya ketika menunjuk perasaan di Yangon, kelmarin.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/54368#sthash.yvk9153C.dpuf

No comments:

Post a Comment