Menurut laman web bnionline.net, Kem Sementara Leda menempatkan kira-kira 13,000 pelarian Rohingya, manakala 50,000 pelarian lagi tinggal di Kem Sementara Kutupalong.
Ketua pelarian di Kem Leda, Salim berkata, kesemua pelarian kini bertungkus lumus untuk menyelamatkan diri.
Keadaan di kem tersebut semakin teruk dengan banyak bumbung kediaman runtuh dan pelarian berdepan dengan pelbagai kesukaran, katanya.
Pelarian Rohingya turut ber­de­pan masalah kekurangan makanan dan air bersih ketika ramai etnik Islam Rohingya menjalani ibadat puasa pada bulan Ramadan.
Seorang pelarian di Kem Pelarian Kutupalong, Anas pula berkata, ketika hujan lebat dan banjir, kesemua pelarian tidak dapat keluar dari kem tersebut untuk meneruskan aktiviti harian termasuk bekerja.
Anas berkata, kebun sayur, sawah dan banyak rumah di kawasan itu turut dihanyutkan banjir.
Sebelum ini, Muslim Aids UK menyediakan bantuan rawatan pe­ru­batan asas dan melaksanakan program kebersihan kepada pela­rian di Kem Leda tetapi mereka terpaksa meninggalkan kem itu selepas perjanjian memorandum persefahaman (MoU) tamat dan kini tiada pihak yang menyalurkan bantuan kepada pelarian di kem itu.
Tanpa bantuan tetap disalurkan kepada kem-kem pelarian ini, musim monson dan banjir serta kekurangan makanan akan menyebabkan nyawa pelarian Rohingya terancam.