Wednesday 15 July 2015

Tentera Laut Myanmar temui lebih 100 imigran Bangladesh

REUTERS - PENDATANG asing yang ditemui di atas bot di tengah laut mengumpul air hujan di kem pelarian berhampiran pekan Maungdaw di utara negeri Rakhine, Myanmar pada 4 Jun lalu.


YANGON – Tentera Laut Myanmar menemui lebih 100 pendatang asing yang terdampar sejak beberapa minggu di sebuah pulau di selatan negara berkenaan, lapor media rasmi pemerintah semalam.
Akhbar the Global New Light melaporkan, kumpulan 102 lelaki itu diselamatkan oleh tentera laut di pantai wilayah paling selatan Myanmar, Tanintharyi.
“Ada antara mereka mendakwa diculik dari negara asal sementara sebilangan yang lain menyatakan dipujuk penyeludup manusia untuk bekerja di Malaysia,” jelas laporan itu yang mengesahkan kesemua mangsa berasal dari Bangladesh.
Laporan itu menyatakan, semua imigran berkenaan ditinggalkan di pulau tersebut pada awal Jun lepas dan ditemui antara penghujung Jun hingga 12 Julai lalu tetapi tidak menyatakan di mana mereka kini ditahan.
Beribu-ribu pendatang asing, kebanyakannya orang Islam Rohingya dari Myanmar ataupun imigran ekonomi dari Bangladesh terkandas di perairan Asia Tenggara pada Mei lalu selepas kerajaan Thailand menyerbu aktiviti pemerdagangan manusia.
Serbuan itu menyebabkan ketua-ketua sindiket meninggalkan mangsa penyeludupan manusia di laut dan darat. Krisis itu mendedahkan industri pemerdagangan manusia bernilai puluhan juta dolar yang menyasarkan golongan miskin di Bangladesh dan etnik minoriti Rohingya. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0715&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3fuYZChsj 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment