Aung Hlaing berkata, beliau tidak berhasrat untuk berundur daripada memimpin pasukan ke­selamatan negara ini, tindakan yang menamatkan beberapa spekulasi berhubung rancangannya.
Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertan­ding dalam Pilihan Raya Presiden jika dicalonkan.
“Jika rakyat mahu saya melaksanakan tanggungjawab ini (sebagai Presiden), saya akan menimbangkannya,’’ katanya ke­pada stesen penyiaran BBC.
Beliau berkata, masih terlalu awal untuk pihak tentera berundur daripada arena politik di negara ini.
Katanya, kebimbangan berhubung keadaan huru hara yang berlaku ekoran pertempuran antara kumpulan etnik bersenjata dan perubahan Myanmar ke arah demokrasi merupakan antara sebab mengapa kuasa tentera perlu diteruskan.
Tentera Myanmar mempunyai pengaruh kuat sejak kerajaan awam dibentuk pada 2011, menamatkan pentadbiran kerajaan junta selama 49 tahun.
Perlembagaan negara ini juga memperuntukkan 25 peratus kerusi Parlimen kepada pegawai tentera yang dilantik. – Reuters