Sunday 5 July 2015

24 jenazah etnik Rohingya dikebumikan

Alor Setar: Sebanyak 24 jenazah yang juga kumpulan ketiga mangsa pemerdagangan manusia etnik Rohingya daripada keseluruhan 106 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Lama Kampung Tualang, Pokok Sena dekat sini, jam 3 pagi tadi.
Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Datuk Noh Dahya berkata, jenazah membabitkan 23 lelaki dan seorang tidak dapat dikenal pasti identiti itu dibawa menaiki enam trak polis dari Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sebelum upacara pengebumian dijalankan bermula 1 pagi tadi.
"Kesemua jenazah terbabit selamat tiba di kawasan tanah perkuburan jam 12.30 tengah malam dan disemadikan di dalam satu liang lahad di mana upacara pengebumian selesai jam 3 pagi tadi.
"Jenazah sebelum itu dimandi dan disembahyangkan kira-kira jam 9 malam di HSB, " katanya ketika ditemui pada majlis pengebumian berkenaan di sini, pagi tadi.
Menurutnya, baki 24 jenazah akan dikebumikan awal pagi esok sementara tujuh lagi jenazah akan dikebumikan selepas Aidilfitri.
Harian Metro sebelum ini melaporkan sebanyak 21 jenazah membabitkan 19 lelaki dan dua perempuan selamat dikebumikan di tanah perkuburan sama kira-kira jam 10 pagi 22 Mei lalu.
Jenazah itu adalah kumpulan pertama yang dikebumikan selepas menjalani proses bedah siasat di HSB, manakala baki 55 lagi akan diuruskan dengan kaedah sama secara berperingkat.
Sementara kumpulan kedua yang dikebumikan pula sebanyak 30 jenazah membabitkan 28 lelaki dan dua perempuan yang dikebumikan pada 29 Jun lalu.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Julai 2015 @ 5:57 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/61996#sthash.1Pa3iJOp.dpuf

No comments:

Post a Comment