YANGON - MYANMAR . Presiden Myanmar, Thein Sein memutuskan tidak akan bertanding untuk penggal kedua dalam Pilihan Raya Parlimen yang dijadualkan pada 8 November depan.
 
Kelmarin, pegawai kanan pejabatnya memaklumkan pemimpin tersebut telah menghantar surat kepada pengerusi Parti Perpaduan dan Pembangunan Kesatuan (USDP), U Shwe Mann bahawa beliau menarik diri atas sebab masalah kesihatan.
 
Susulan daripada itu, satu mesyuarat tertutup telah diadakan bersama pemimpin parti pembangkang, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi sejurus Shwe Mann menerima surat tersebut.
 
Sabtu lalu, Suu Kyi turut mengesahkan parti pimpinannya akan bertanding dalam pilihan raya terbabit.- Reuters