Thursday 9 June 2016

Pelarian Myanmar paling ramai

Kuala Lumpur: Kira-kira 154,140 pelarian dan pencari suaka berdaftar dengan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) berada di Malaysia sehingga April lalu.
Wakil UNHCR di Malaysia Richard Towie berkata, majoriti mereka dari Myanmar.
“Seramai 139,780 pelarian dan pencari suaka dari Myanmar dengan selebihnya dari Sri Lanka, Pakistan, Somalia, Syria, Iraq, Iran, Palestin dan negara lain,” katanya selepas menghadiri pelancaran "Odysseys: A Photographic Exhibition of the Asia and Europe Refugee Crises" anjuran Agence
France-Presse di sini, hari ini.
Beliau berkata 68 peratus daripada pelarian dan pencari suaka terdiri daripada lelaki dan 34,600 adalah kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Jun 2016 @ 6:44 PM


Gambar pelarian Rohingya atau ‘orang bot’ di atas bot di Laut Andaman yang sanggup bersusah payah datang ke Malaysia yang dipamerkan di Odysseys Photographic Exhibition. - Foto Bernama

No comments:

Post a Comment