Tuesday 11 November 2014

Hantar balik 200 pendatang Myanmar


Bangkok: Lebih 200 penumpang bot yang ditahan di selatan Thai kerana memasuki negara itu secara haram akan dihantar semula ke laut, kata polis, semalam.

Kira-kira 259 orang ditemui di perairan Thai Sabtu lalu kira-kira tiga kilometer dari pesisiran pantai yang dilihat sebuah pertubuhan bukan kerajaan sebagai perpindahan beramai-ramai penduduk Rohingya dari Myanmar.

Chris Lewa dari Arakan Project yang memperjuangkan hak orang Rohingya berkata, sekitar 900 orang meninggalkan Myanmar menggunakan bot pada pertengahan bulan lalu.

“Perpindahan maritim besar-besaran ini membabitkan hampir 10,000 orang katanya.

Menurutnya, pelarian terbabit dalam keadaan terdesak.

Pihak berkuasa Thai di wilayah Kapoe tidak dapat mengesahkan sama ada orang Rohingya turut berada dalam kumpulan terbabit, namun hasil pemeriksaan mendapati sebahagian daripadanya menuju ke Malaysia untuk mencari kerja atau mengikut suami.

Sehubungan itu, Ketua Polis Kapoe Kolonel Sanya Prakobphol berkata, semuanya akan dihantar pulang.

“Penduduk Muslim Myanmar terbabit adalah pendatang asing.

“Jika mereka memasuki sempadan kami, kami perlu menolak mereka ke sempadan perairan Myanmar.

“Apa yang berlaku kepada mereka selepas itu bukan urusan kami,” katanya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 November 2014 @ 5:06 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8132#sthash.eFRm4AqR.dpuf

No comments:

Post a Comment