Saturday 1 November 2014

Myanmar izin Suu Kyi jadi presiden?


Naypyidaw: Parlimen Myanmar akan mempertimbangkan kemungkinan meminda perlembagaan negara itu yang kini menghalang pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi menjadi presiden.
Negara itu akan mengadakan pilihan raya umum yang penting tahun depan.
Jurucakap presiden, Ye Htut berkata, isu berkenaan akan dibincangkan di parlimen.
Bagaimanapun dia tidak menjelaskan elemen mana yang akan dibincangkan.
“Pelbagai pihak percaya Suu Kyi dan partinya, Liga Kebangsaan Untuk Demokrasi (NLD) boleh memenangi pilihan raya tahun depan jika ia dijalankan dengan adil serta bebas,” kata Ye.
Cadangan pembaharuan perlembagaan itu dibuat ketika Presiden Thein Sein bertemu dengan saingan politiknya, termasuk Suu Kyi.
NLD menumpukan perhatian kepada peruntukan mengenai kuasa veto dimiliki tentera Myanmar terhadap sebarang pindaan perlembagaan negara itu.
Jika peruntukan itu dipinda, ia akan membuka laluan kepada perubahan lain dalam perlembagaan, termasuk jaminan kedudukan tentera di parlimen serta larangan kepada Suu Kyi ke memimpin negara. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5708#sthash.pH92sDYE.dpuf

No comments:

Post a Comment