Friday 14 November 2014

400 anggota keselamatan jaga Obama


Yangon: Lebih 400 anggota keselamatan Amerika Syarikat (AS) ditugaskan untuk menjaga Presiden negara itu, Barack Obama ketika beliau berada di Myanmar.
Perkara itu didedahkan seorang pegawai kanan polis Myanmar yang enggan dinamakan.
“Lebih 400 anggota keselamatan akan menyertai rombongan Obama. Mereka dikerah berjaga-jaga di lokasi yang bakal dilawatnya. Pasukan Polis Myanmar juga akan membantu mereka melaksanakan langkah keselamatan itu,” katanya.
Menurutnya, ada di antara anggota keselamatan terbabit berada di Myanmar sejak seminggu lalu.
Selain itu, katanya, kakitangan keselamatan Amerika Syarikat itu juga membawa peralatan keselamatan mereka sendiri.
“Polis Myanmar mengerahkan lebih 1,000 anggotanya mengawal laluan yang akan digunakan Presiden AS di Yangon.
“Manakala di Yangon, polis bertugas sepenuhnya kerana laluan digunakan mungkin diubah bila-bila masa,” katanya.
Obama turut dijadualkan menemui pemimpin belia ASEAN di Dewan Jubli Intan kampus Universiti Yangon selain berjumpa dengan pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi.
Lebih 200 penduduk bandar Mingala Taungnyunt merancang mengadakan tunjuk perasaan membantah dasar kerajaan Myanmar ketika Obama berada di Yangon. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 November 2014 @ 5:05 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8921#sthash.F8iqkDyE.dpuf

No comments:

Post a Comment