Wednesday 19 November 2014

Myanmar tidak pinda perlembagaan sehingga selepas pilihan raya

Gambar fail menunjukkan pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi dengan Speaker Parlimen, Shwe Mann (kanan) pada satu majlis di Yangon baru-baru ini. - Foto AP
RABU, 19 NOVEMBER 2014 @ 11:29 AM

YANGON: Myanmar tidak akan meminda perlembagaan sehingga selepas pilihan raya umum penghujung tahun depan, kata Speaker Parlimen hari ini.
Perkembangan terbaharu itu dianggap menyukarkan usaha pemimpin pembangkang, Aung San Suu Kyi untuk mengurangkan kuasa politik tentera atau bertanding merebut jawatan presiden.
Speaker Dewan Rendah, Shwe Mann, berkata satu pungutan suara mengenai pindaan kepada perlembagaan yang disediakan pihak tentera itu pada 2008 mungkin diadakan Mei depan, tetapi tiada perubahan akan dilakukan sehingga Parlimen baharu dibentuk.
"Kita tidak mampu melakukan kesilapan untuk meminda perlembagaan dalam senario politik dan pentadbiran sekarang," katanya di ibu negara, Nay Pyi Taw, yang disiarkan secara langsung menerusi 'Radio Free Asia' hari ini.
Parti Suu Kyi sebelum ini berjaya mengumpulkan petisyen dengan hampir lima juta tandatangan Julai lalu yang menyeru kepada pindaan peruntukan di dalam perlembagaan bagi mengurangkan kuasa perundangan pihak tentera.
Antara peruntukan kontroversial termasuk halangan kepada Suu Kyi untuk bertanding jawatan presiden kerana anaknya memegang kewarganegaraan Britain. - Reuters

No comments:

Post a Comment