Wednesday 3 April 2013

Kebakaran di sekolah Islam mengorbankan 13 pelajar di Yangon, Myanmar




YANGON - Kebakaran di sebuah sekolah Islam di bandar Yangon, Myanmar (Burma) telah menewaskan 13 kanak-kanak, warga menaruh curiga pada penyebab kebakaran tersebut pasca serangan besar-besaran terhadap masyarakat Muslim dan harta mereka di beberapa bandar oleh ekstrimis Buddha.

Insiden ini disahkan oleh polis tempatan dan menduga korsleting elektrik adalah penyebab kebakaran.

"Tiga belas orang, kebanyakan anak-anak, tewas pada saat kebakaran di sebuah sekolah agama Islam di pusat bandar Yangon," kata seorang pegawai polis di tempat kejadian kepada Agence France-Presse (AFP) pada Selasa (2/4/2013), seperti dilansir Onislam.

"Kami mengesyaki bahawa hal itu disebabkan oleh korsleting elektrik."

Anak-anak itu dipercayai sesak nafas selepas kebakaran berlaku di asrama sekolah yang terletak di samping masjid di bandar itu.

Laporan mengatakan bahawa semua mangsa adalah kanak-kanak laki-laki.

Polis anti huru hara dikerahkan ke tempat kejadian di tengah-tengah kebimbangan bahawa kebakaran ini berkaitan dengan serangan anti-Muslim baru-baru ini.

Sebahagian besar anak-anak melarikan diri melalui sebuah pintu setelah polis membukanya.

Polis berjanji akan membentuk sebuah jawatankuasa, termasuk para tokoh Muslim, untuk menyiasat punca kebakaran ini.

Sementara itu, menurut laporan, 13 korban tersebut akan dikebumikan pada Selasa petang

No comments:

Post a Comment