Monday 1 April 2013

Sami Buddha militan dikesan

Sami Buddha militan dikesan
GAMBAR yang diambil pada 29 Mac, 2013 menunjukkan anggota skuad bom Thailand memeriksa kawasan serangan bom tepi jalan oleh suspek militan pemisah pada sebuah trak pick-up membawa askar di wilayah bergolak selatan Thailand Narathiwat. Seorang askar terkorban dan 15 lagi cedera dalam serangan tersebut. - Foto AFP Golongan pelampau agama lancar agenda anti Muslim di Myanmar: Pakar

Bangkok: Golongan sami Buddha radikal antara pihak yang menghasut keganasan terhadap penduduk Islam Myanmar, dua tahun selepas rejim tentera melepaskan kuasa.
Sekurang-kurangnya 43 maut, masjid dan kediaman penduduk Islam dimusnahkan sejak dua minggu lalu dalam satu tindakan teratur, kata saksi.

“Jelas ada pihak menghasut keganasan anti Islam di negara itu termasuk sami Buddha berpengaruh yang menganjurkan sikap tidak bertoleransi dan kebencian Muslim,” kata pakar Myanmar di badan pemikir, International Crisis Group (ICG), Jim Della-Giacoma.

“Jelas ada pihak menghasut keganasan anti Islam di negara itu termasuk sami Buddha berpengaruh yang menganjurkan sikap tidak bertoleransi dan kebencian Muslim,” kata pakar Myanmar di badan pemikir, International Crisis Group (ICG), Jim Della-Giacoma.

Perancangan awal

“Cara sistematik dan teratur pembakaran kawasan kediaman Muslim menunjukkan adanya perancangan awal oleh golongan bertanggungjawab,” katanya.

Sami Buddha yang pernah menjadi barisan depan pergerakan prodemokrasi dan disanjung tinggi penduduk, disyaki turut terbabit.
Ada anggotanya yang terbabit melakukan keganasan, manakala orang lain mengetuai kempen supaya memulaukan kedai milik orang Islam.

Mereka menyuruh penduduk hanya membeli barangan dari kedai penduduk beragama Buddha yang memasang perekat bernombor ‘969’ menjadi simbol kempen.

“Apabila keuntungan dipegang musuh, semangat, bahasa dan agama kita terancam,” kata Wirathu, seorang sami dari Mandalay yang mula mendapat tumpuan pihak berkuasa kerana retorik anti Islamnya.

“Mereka akan kahwin anak gadis dengan wang itu dan paksa mereka tukar agama. Semua anak mereka ancaman terhadap negara ini.

“Mereka akan musnahkan bahasa dan agama di sini,” katanya dalam satu ucapan yang boleh dilihat di internet.

Pergaduhan di kedai emas

Peledak keganasan terbaru dikatakan berpunca daripada pergaduhan di sebuah kedai emas di bandar Meiktila pada 20 Mac lalu bertukar menjadi rusuhan.

Sejak itu, kumpulan bersenjata meronda dari bandar ke bandar di tengah Myanmar memusnahkan masjid dan kediaman penduduk Islam.

Ia disusuli pertempuran penduduk Buddha dan Islam di Rakhine tahun lalu yang mengorbankan 180 orang, kebanyakannya etnik minoriti Rohingya. - AFP

No comments:

Post a Comment