Monday 15 April 2013

OIC desak Myanmar



Jeddah: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) semalam menggesa pihak berkuasa Myanmar membenarkan delegasi menteri melawat negara itu untuk membincangkan masalah keganasan ke atas peduduk Islam.

Badan utama dunia Islam itu dalam kenyataan selepas satu mesyuarat di Jeddah juga mendesak Suruhanjaya Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan misi mengenal pasti masalah yang berlaku di Myanmar. - AFP

No comments:

Post a Comment