Thursday 18 April 2013

EU sedia batal sekatan terhadap Myanmar



BRUSSELS 18 April - Kesatuan Eropah (EU) dijangka membatalkan kesemua sekatan yang dikenakan terhadap Myanmar bermula minggu depan, kecuali membabitkan sekatan senjata, sebagai pengiktirafan usaha reformasi politik di negara tersebut.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh, Reuters melaporkan, EU telah bersetuju untuk menarik semula sekatan itu selama setahun dan akan berkuatkuasa bermula Isnin depan.
Penarikan semula sekatan terbabit dipersetujui selepas Presiden Thein Sein melakukan perubahan drastik politik Myanmar ke arah demokrasi berbanding pemerintahan junta tentera sebelum ini.
Bagaimanapun, sekatan terhadap urusniaga senjata masih dikekalkan. - REUTERS


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130418/lu_04/EU-sedia-batal-sekatan-terhadap-Myanmar#ixzz2Qldftc8C
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment