Friday 12 April 2013

Etnik Rohingya dilarang temui Suu Kyi



TOKYO - Komuniti Rohingya dari Myanmar yang tinggal di Jepun dilarang menyertai perhimpunan untuk menyambut kedatangan pejuang demokrasi negara itu, Aung San Suu Kyi ketika beliau melawat Jepun pada Sabtu ini.
Dalam lawatan selama enam hari itu, dia dijangka menghadiri mesyuarat bersama sekurang-kurangnya 10,000 penduduk Myanmar di negara ini.
Suu Kyi juga dijangka menghadiri mesyuarat bersama Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe dan Menteri Luarnya, Fumio Kishida.
Bagaimanapun, ketua kepada 200 etnik Rohingya di Jepun, Zaw Min Htut, 42, berkata, pihaknya diberitahu bahawa kedatangan komuniti itu tidak dialu-alukan untuk menyambut kedatangan Suu Kyi.
"Sebahagian daripada penduduk Myanmar penganut Buddha menentang penyertaan kami walaupun saya telah berada di Jepun sejak beberapa dekad lalu dan pernah membantu warga Myanmar di Jepun.
"Saya telah diberitahu pihak penganjur program bahawa saya dilarang untuk berjumpa dengan Suu Kyi," katanya kepada agensi berita AFP.
Sebanyak 43 orang terbunuh di Myanmar pada Mac lalu apabila rusuhan agama berlaku di negara tersebut melibatkan penganut agama Islam dan Buddha.
Pergaduhan itu tercetus selepas berlaku perbalahan antara seorang peniaga emas yang beragama Islam dengan pelanggannya yang beragama Buddha. - Agensi


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0412&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm#ixzz2QCANpO9v 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment