Thursday 4 April 2013

ANGKA KEMATIAN DARI SERANGAN YANG MENSASARKAN PENDUDUK ISLAM MYANMAR MENINGKAT KEPADA 40 ORANG

Photo: ANGKA KEMATIAN DARI SERANGAN YANG MENSASARKAN PENDUDUK ISLAM MYANMAR MENINGKAT KEPADA 40 ORANG 

Kerajaan Myanmar berkata, angka kematian daripada serangan baru-baru ini, yang mensasarkan  umat Islam Rohingya di bahagian tengah negara itu telah meningkat kepada 40 orang.

Media kerajaan melaporkan pada hari Selasa bahawa lapan lagi mayat telah ditemui di kawasan rusuhan melanda di bandar Meiktila.

Pertempuran meletus di Meiktila pada 20 Mac apabila pelampau Buddha menyerang berpuluh-puluh buah rumah dan masjid selama tiga hari.

Laporan awal mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh dalam keganasan yang juga menyebabkan lebih daripada 12,000 orang hilang tempat tinggal.

Vijay Nambiar, penasihat tertinggi PBB di Myanmar, melawat Meiktila pada hari Ahad yang lalu dan menggesa kerajaan untuk menghukum mereka yang bertanggungjawab ke atas tragedi itu.

"Tidak syak lagi kebanyakan peristiwa keganasan ini telah dirancang," kata Nambiar.

Ratusan warga Rohingya dipercayai telah dibunuh dan beribu-ribu menjadi pelarian ekoran serangan-serangan oleh pelampau Buddha di negara itu.

Pelampau Buddha juga kerap menyerang Rohingya dan membakar rumah-rumah mereka di beberapa kampung di Rakhine. Angkatan tentera Myanmar didakwa telah menjadi dalang dalam menyediakan bahan api petrol kepada pelampau Buddha untuk membakar rumah-rumah penduduk Islam, yang kemudiannya terpaksa melarikan diri dari kediaman mereka.

Kerajaan Myanmar juga  telah dituduh gagal untuk melindungi penduduk minoriti Islam mereka.

Rohingya, yang berhijrah ke Myanmar seawal abad ke-8, dikatakan berasal dari keturunan Islam Parsi, Turki, Bengali, dan Pathan.

Pada masa yang sama, Amnesty International dan Human Rights Watch telah mengeluarkan kenyataan berasingan, menggesa Myanmar untuk mengambil tindakan untuk melindungi penduduk Islam Rohingya dari ancaman penganut Buddha ekstremis.

Sumber Berita Press TV

No comments:

Post a Comment