Sunday 14 April 2013

Rusuhan kaum: 3 warga Muslim Myanmar dipenjara




13 April 2013
YANGON - Sebuah mahkamah Myanmar menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun ke atas tiga orang Muslim berhubung kesalahan terlibat dalam rusuhan kaum, yang setakat ini mengakibatkan lebih 40 maut.

Pemilik kedai emas, isterinya dan pekerjanya disabitkan kesalahan mencuri dan terlibat dalam serangan kelmarin.

Setakat ini, lebih 12,000 umat Islam telah dipindahkan dari kediaman mereka sejak berlaku pertempuran 20 Mac lalu.

Seluruh kawasan kediaman Muslim negara itu turut dimusnahkan.

Bulan lalu, Presiden Myanmar, Thein Sein memberi amaran kerajaan akan menggunakan kekerasan jika perlu bagi menghentikan keganasan pelampau agama ini.

“Semua pelaku keganasan akan didakwa sepenuhnya mengikut undang-undnag,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment