Friday 23 October 2015

Suu Kyi bela hak ekspatriat


Aung San Suu Kyi

23 OKTOBER 2015
Aung San Suu Kyi

NAYPYIDAW - MYANMAR. Pengerusi Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD),  Aung San Suu Kyi berkata beliau akan berusaha untuk mewujudkan hubungan lebih kukuh dengan negara jiran dan melindungi hak ekspatriat.

"Pada masa kini, negara kita perlu mempunyai hubungan lebih baik dengan negara jiran dalam usaha bagi mencapai pembangunan. Ia penting untuk kita dan negara lain. Rakyat harus menikmati perlindungan di negara ini," katanya.

Menurutnya lagi, beliau turut melihat situasi di mana ramai rakyat negaranya terpaksa ke luar negara dan meninggalkan keluarga demi mencari nafkah berikutan kekurangan peluang pekerjaan di Myanmar.

"Sistem yang diaplikasikan pada masa ini tidak mewujudkan peluang kerja sejak lebih 50 tahun lalu. Kita perlu mengubah sistem sistem pendidikan dan mewujudkan peluang ekonomi bagi membantu rakyat tempatan," katanya.

Suu Kyi juga menggesa kerajaan untuk memberi perlindungan kepada semua rakyat di negara asing kerana ia merupakan tugas utama kedutaan, lapor Eleven Myanmar.

No comments:

Post a Comment