Thursday 1 October 2015

Pelarian Rohingya didakwa dipukul, dirogol


Pelarian Rohingya didakwa dipukul, dirogol

1 OKTOBER 2015
Pelarian Rohingya didakwa dipukul, dirogol Anggota polis Indonesia mengiringi wanita Rohingya selepas didakwa dirogol di sebuah kem pelarian. - Foto AFP

JAKARTA - INDONESIA. Sekumpulan remaja etnik Rohingya mendakwa telah dipukul dan dirogol di kawasan perkhemahan pelarian di Indonesia.

Empat wanita dan enam lelaki berusia antara 14 dan 28 tahun yang cuba melarikan diri ke negara jiran Malaysia memberitahu, mereka ditahan sekumpulan lelaki bertopeng berhampiran kem sebelum dibawa masuk ke dalam hutan.

Mereka juga memaklumkan turut dipukul dan tiga daripada rakan wanita dirogol kumpulan lelaki tersebut.

Menurut timbalan ketua perwakilan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi di Indonesia, Steve Hamilton, ketegangan di kawasan kem berkenaan tercetus kelmarin selepas salah seorang wanita dibawa pihak berkuasa ke hospital dengan kekerasan.

"Keadaan menjadi panik dan huru hara apabila pelarian Rohingya yang lain cuba untuk menghentikan ambulans," katanya.

Kelmarin, lebih 200 orang Rohingya bertindak meninggalkan kem dengan membawa pakaian dan bekalan lain sebelum berjaya dipujuk untuk kembali ke kem. - Press TV

No comments:

Post a Comment