Sunday 4 October 2015

Presiden Myanmar berdepan saman


WARTAWAN SINAR HARIAN
Presiden Myanmar, Thein Sein

4 OKTOBER 2015
Presiden Myanmar, Thein Sein

YANGON - MYANMAR . Aktivis Muslim di Myanmar telah memfailkan tuntutan mahkamah di Amerika Syarikat (AS) terhadap Presiden Thein Sein, menuduh beliau dan beberapa menteri Kabinetnya melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik minoriti Rohinghya.

Tuntutan saman itu difailkan pada Khamis lalu di Mahkamah Persekutuan Manhattan.

Menurut plaintif, etnik Muslim Rohingya menjadi subjek kepada pembunuhan beramai-ramai, penderaan serta didiskriminasi oleh pegawai-pegawai yang dikawal Thein Sein dan menteri-menterinya.

"Tuntutan sivil ini bertujuan menuntut ganti rugi dan hukuman atas kesalahan pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik Rohingya oleh Thein Sein dan konco-konconya," menurut jurucakap Burma Task Force.

Burma Task Force adalah badan yang mewakili 19 pertubuhan Islam di Myanmar.

Difahamkan, ia biasanya mengambil masa sekurang-kurangnya beberapa bulan bagi hakim untuk memutuskan sama ada kes tersebut boleh diteruskan. - Reuters

No comments:

Post a Comment