Saturday 17 October 2015

Suu Kyi berkempen di Rakhine

Suu Kyi berkempen di Rakhine

Suu Kyi (tengah) dikerumuni penyokong ketika beliau tiba untuk berkempen di bandar Thandwe, semalam.
THANDWE - RAKHINE. Pemimpin parti pembangkang, Liga Kebangsaan bagi Demokrasi (NLD), Aung San Suu Kyi tiba di Rakhine untuk pertama kali, semalam bagi menyertai kempen pilihan raya selama tiga hari di selatan negeri tersebut menjelang proses pengundian pada 8 November depan.
Bagaimanapun, jurucakapnya memaklumkan Suu Kyi tidak akan melawat kawasan bergolak di Sittwe dan utara negeri terbabit di mana parti pimpinannya berdepan saingan sengit daripada Parti Kebangsaan Arakan (ANP) yang disokong gelombang nasionalisme serta peningkatan sentimen anti-Islam.
Lapor  AFP sebelum ini, kumpulan pelampau di Rakhine mendakwa penerima Hadiah Nobel Keamanan itu dilihat cuba untuk bergaul mesra dengan penduduk Islam di negeri tersebut.
Dakwaan tersebut dikatakan bertentangan dengan kenyataan media tempatan dan antarabangsa sebelum ini berikutan pemimpin berusia 70 tahun itu pernah dikritik kerana berdiam diri seakan tidak mahu campur tangan dalam isu penindasan ke atas etnik minoriti, Rohingya.
Dalam wawancara bersama India Today baru-baru ini, Suu Kyi bertindak mempertahankan sikap berdiam diri beliau kerana ia adalah salah satu cara untuk mencapai perdamaian.
Menurutnya, pesaing NLD cuba untuk menggunakan agama dan kebangkitan gerakan nasionalis sebagai sebahagian daripada kempen politik mereka.

No comments:

Post a Comment