Monday 15 June 2015

Kumpulan pelampau Buddha bantah bantu Rohingya



BEBERAPA sami dan penduduk beragama Buddha melaungkan slogan semasa tunjuk perasaan membantah bantuan kepada etnik Rohingya di ibu negeri Rakhine, Sittwe semalam. - AFP


YANGON – Kumpulan pelampau Buddha yang disokong oleh sami-sami mengadakan tunjuk pe­rasaan di negeri Rakhine semalam kerana membantah pertolongan yang ditawarkan kepada imigran Islam Rohingya yang ditemui hanyut di dalam beberapa buat bot di Teluk Bengal.
Rakhine yang merupakan antara negara pa­ling miskin di Myanmar menjadi pusat ketegangan antara penduduk beragama Buddha dan etnik minoriti Rohingya. Kebanyakan etnik Rohingya tinggal di kem-kem pela­rian selepas ketegangan kaum tercetus di negeri itu pada 2012.
Kira-kira 500 orang yang disokong berpuluh-puluh sami berhimpun di ibu negeri Rakhine, Sittwe sambil melaungkan slogan, kata seorang saksi kepada agensi berita AFP.
“Kami membantah etnik Rohingya dihantar ke ne­geri Rakhine,” kata ketua tunjuk perasaan, Aung Htay.
Berpuluh-puluh etnik Rohingya telah meninggalkan Rakhine dengan disertai imigran ekonomi Bangladesh menuju ke Malaysia dan Indonesia sejak beberapa tahun lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0615&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm#ixzz3d5FlRBN0 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment