Friday 5 June 2015

Jeneral nafi terbabit

Bangkok: Seorang pegawai tentera Thailand berpangkat jeneral nafi beliau terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia di negara itu, kata polis semalam.
Leftenan Jeneral Manus Kongpan menyerah diri kepada polis kelmarin selepas waran tangkap dikeluarkan kepadanya kerana disyaki terbabit dalam sindiket berkenaan.
Manus digantung tugas apabila waran tangkap itu dikeluarkan mahkamah pada Isnin lalu.
“Manus bagaimanapun menafikan dia terbabit dalam sindiket penyeludupan manusia sekali gus menafikan sebarang tuduhan ke atas dirinya,” menurut Ketua Polis Thailand, Somyot Poompanmuang.
Manus satu-satunya anggota tentera dan suspek paling berprofil tinggi yang disyaki mempunyai kaitan dengan kes penyeludupan manusia itu.
Sebelum ini, lebih 50 pegawai polis di selatan negara itu ditukarkan kerana dipercayai tidak mengambil tindakan terhadap kegiatan berkenaan.
Pihak berkuasa Thailand mengeluarkan sebanyak 84 waran tangkap dalam usaha membongkar sindiket penyeludupan manusia di negara itu.
Kata polis, daripada jumlah itu seramai 51 suspek berjaya ditahan atau menyerah diri.
Operasi itu dilancarkan susulan penemuan beberapa kem penyeludupan manusia dan kubur pendatang di kawasan sempadan Thailand dan Malaysia pada bulan lalu.
Tindakan pihak berkuasa itu menyebabkan anggota sindiket penyeludupan manusia meninggalkan bot yang membawa ribuan pendatang dari Myanmar dan Bangladesh hanyut di lautan.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 4 Jun 2015 @ 7:51 AM


MANUS (kanan) ketika menyerah diri.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55536#sthash.6fu4hWkS.dpuf

No comments:

Post a Comment