Tuesday 9 June 2015

150 imigran Bangladesh dihantar pulang

Maungdaw (Myanmar): Seramai 150 imigran warga Bangladesh yang ditemui hanyut di perairan Myanmar dihantar pulang ke negara asal semalam.
Kesemua lelaki berkenaan yang dikawal ketat polis melintasi jambatan di Sungai Naf yang memisahkan kedua belah negara pada pagi semalam.
“Saya sangat gembira kerana selepas empat bulan meninggalkan Bangladesh kini saya boleh bertemu dengan keluarga saya semula,” kata seorang imigran.
Semua lelaki warga Bangladesh itu adalah sebahagian daripada hampir 1,000 imigran yang ditemui hanyut oleh tentera laut Myanmar dalam dua buah bot di Teluk Bengal pada bulan lalu.
Myanmar sebelum ini menegaskan bahawa majoriti imigran itu adalah warga Bangladesh tetapi kumpulan hak asasi manusia mendakwa negara itu enggan menerima kembali etnik Rohingya yang melarikan diri.
Keengganan Myanmar dan Bangladesh menerima kumpulan imigran itu mencetuskan kebimbangan mereka mungkin ditolak kembali ke laut.
Bagaimanapun, Bangladesh akhirnya menerima 150 imigran yang mendakwa rakyat negara itu.
Ketua pengawal sempadan Bangladesh, Khandaker Saiful Alam berkata, proses rumit untuk mengesahkan kewarganegaraan semua pendatang itu masih diteruskan.
“Selepas proses pengesahan, barulah kami boleh tentukan berapa ramai pendatang itu adalah warga Bangladesh,” jelasnya. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 8:14 AM


IMIGRAN warga Bangladesh yang dikawal ketat menyeberangi jambatan menuju ke sempadan Bangladesh ketika dihantar pulang, semalam
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56568#sthash.BVmcJjDm.dpuf

No comments:

Post a Comment