Suruhanjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) yang membantu etnik itu sejak 1992 berkata, langkah pemindahan itu agak mencabar dari segi logistik, satu penilaian yang disahkan menerusi satu lawatan oleh wartawan AFP ke sana baru-baru ini.
Polis di Pulau Hatiya yang terletak berhampiran Pulau Thengar Char, bagaimanapun menghalang bot yang dinaiki wartawan AFP menuju ke pulau itu dengan mendakwa mereka tidak dapat menjamin keselamatan mereka ketika berada di pulau tersebut.
Bagaimanapun, pengakuan beberapa penduduk tempatan dan jurucakap jabatan hutan yang menyaksikan penanaman pokok bakau di pulau itu pada 2011 memberi petunjuk tentang cabaran tersebut.
“Jika air pasang besar, keseluruhan pulau itu akan digenangi air sedalam hampir satu meter. Agak mustahil untuk tinggal di pulau itu,’’ kata jurucakap tersebut yang tidak mahu namanya didedahkan.
Pulau Tengar Char, terletak kira-kira 30 kilometer dari timur Pulau Hatiya hanya muncul dari laut kira-kira lapan tahun lalu dan tidak wujud dalam aplikasi Google Maps. – AFP