Saturday 6 June 2015

Rohingya: 12 kubur digali, 14 mayat dijumpai


KAYU dipacak sebagai tanda kawasan kubur etnik Rohingya yang telah ditemui di Ban Talok, Padang Besar. - Foto BERNAMA
WANG KELIAN : Pasukan Gerakan Am (PGA), forensik dan siasatan sudah menggali 12 kubur dan menjumpai 14 mayat di kem berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, di sini, setakat ini.
Maklumat itu disahkan oleh Ketua Polis Perlis, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail, ketika dihubungi, sebentar tadi.
Kata Shafie, mayat yang dijumpai itu mungkin akan dibawa keluar melalui jalan Felcra Lubuk Sireh, namun belum dapat dipastikan semuanya dapat diturunkan hari ini ataupun esok.

No comments:

Post a Comment