Saturday 6 June 2015

Berlagak macam orang kampung

Padang Besar: Berpura-pura sebagai orang kampung antara taktik licik digunakan penyeludup termasuk sindiket pemerdagangan manusia untuk melepasi kawalan pihak berkuasa terutama ketika menggunakan laluan tikus di sekitar Hutan Simpan Mata Ayer, Kaki Bukit di sini.
Malah, FELCRA Lubuk Sireh yang berdekatan hutan simpan itu turut terdedah dengan aktiviti penyeludupan termasuk kegiatan pemerdagangan manusia disebabkan kawasan sekeliling penempatan itu dikelilingi hutan tebal yang bersempadanan dengan Thailand.
Penduduk kampung yang enggan dikenali berkata, mereka menyedari kelibat beberapa individu tidak dikenali, tetapi berlagak seperti penduduk kampung di sini.
Wartawan yang turut menumpang motosikal penduduk terbabit melakukan tinjauan semalam di laluan berhampiran jalan naik ke Wang Kelian di sini, dan mendapati meskipun dua atau tiga kali terserempak dengan trak dipenuhi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), perjalanan masih dapat diteruskan.
“Kita perlu berkelakuan seperti biasa dan tidak menampakkan sangat seperti orang luar. Ini termasuk cara berpakaian,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 9:44 AM


ANGGOTA polis termasuk dari Unit Forensik memulakan pendakian di kaki bukit Ban Talo Thailand.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/55873#sthash.zMSYP04d.dpuf

No comments:

Post a Comment