Tuesday, 9 June 2015

Myanmar dakwa tiada kes perdagangan manusia di Rakhine


Yangon: Polis Myanmar menahan seramai 93 suspek yang disyaki terbabit dalam sindiket perdagangan manusia di negara itu pada tahun ini, lapor media negara itu semalam.

Tiada satu pun kes dilaporkan berlaku di negeri Rakhine yang menempatkan etnik Rohingya.

Namun, akhbar Global New Light of Myanmar memetik jurucakap polis negara itu, Min Naing melaporkan 56 kes manusia direkodkan dari Januari hingga Mei lalu.

“Dalam tempoh itu polis membuat 93 tangkapan yang berkaitan dengan kes berkenaan.


“Majoriti mangsa warga Myanmar yang dijual sebagai isteri di China dan buruh paksa di Thailand.

“Kebanyakan kes dilaporkan di negeri Shan yang bersempadan dengan Thailand, Laos dan China,” kata Naing.

Menurutnya, tiada kes perdagangan manusia dilaporkan di Rakhine pada tahun ini.

Laporan itu bercanggah dengan laporan kumpulan dan pemantau hak asasi manusia yang mendakwa Rakhine adalah hab perdagangan manusia utama di rantau ini. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Jun 2015 @ 8:13 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56566#sthash.cTPhY67p.dpuf

No comments:

Post a Comment