Saturday 6 June 2015

Komited basmi pemerdagangan manusia

Bangkok: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam berkata, kerajaannya serius dan komited untuk membasmi aktiviti pemerdagangan serta penyeludupan manusia.
Beliau yang mengisytiharkan semalam sebagai Hari Antipemerdagangan Manusia Kebangsaan turut berjanji tidak akan berhenti dalam operasi membanteras kegiatan berkenaan.
“Kerajaan menunjukkan isyarat jelas bahawa kes itu serius dan bersungguh-sungguh memerangi dan membasminya,” kata Prayuth.
Menurutnya, dia sedar dengan cabaran yang dihadapinya dan faktor kemiskinan serta ketidakadilan menyebabkan peningkatan kegiatan pemerdagangan manusia.
“Pemerdagangan manusia bukan isu yang boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat.
“Ia isu rumit dan sudah bertambah buruk sejak sejak kebelakangan ini,” katanya.
Thailand melancarkan operasi membanteras aktiviti itu selepas penemuan beberapa kem dan kubur pendatang di sempadan negara itu dengan Malaysia bulan lalu.
Operasi itu menyebabkan ribuan pendatang Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh terkandas di laut selepas bot mereka ditinggalkan anggota sindiket berkenaan.
Dalam operasi berkenaan, polis Thailand menahan beberapa suspek termasuk seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Jeneral. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Jun 2015 @ 6:01 AM


PRAYUTH
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56090#sthash.4mFevGlQ.dpuf

No comments:

Post a Comment