Tuesday 9 June 2015

Penyeludup Rohingya ditembak mati

ISNIN, 8 JUN 2015 @ 4:50 PM

 DHAKA: Seorang lelaki Rohingya disyaki terbabit dalam aktiviti pemerdagangan manusia ditembak mati di Bangladesh, kata polis hari ini, dalam usaha negara itu memerangi krisis imigran asing. Polis berkata, lelaki berusia 30 tahun itu mati pada awal pagi tadi dalam kejadian berbalas tembakan antara dua kumpulan penyeludup manusia di Teknaf berdekatan sempadan Bangladesh dengan Myanmar. Kawasan berkenaan menempatkan lebih 32,000 pelarian Rohingya yang berdaftar termasuk antara 200,000 hingga 300,000 pendatang haram yang berlindung di dua kem. "Dia didakwa sekurang-kurangnya tiga kesalahan penyeludupan manusia dan namanya tersenarai sebagai penyeludup manusia yang disediakan oleh Kementerian Dalam Negeri," kata ketua polis tempatan, Ataur Rahman merujuk kepada suspek yang mati, yang hanya dikenali sebagai Amanullah. Bagaimanapun, seorang pemimpin masyarakat Rohingya di kem pelarian Nayapara berkata Amanullah, seorang penduduk kem, ditembak mati semasa dalam tahanan polis. "Polis menahan beliau pada jam 4 pagi (Ahad) dan pagi ini mereka menembak mati Amanullah dengan kejam berhampiran jalan raya," kata ketua kem berkenaan, bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/60068

No comments:

Post a Comment