Saturday 6 June 2015

14 rangka PATI dibawa keluar

Kuala Lumpur: Sebanyak 14 rangka mayat berkafan dibawa turun hari ini dari kawasan perkuburan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Bukit Genting Perah, Wang Kelian, Perlis, menjadikan 49 mayat sudah ditemui sehingga kini.
Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman Datin Asmawati Ahmad berkata, semua mayat itu dibawa keluar jam 5.55 petang tadi dan pasukan forensik, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) serta Pasukan Gerakan Am (PGA) PDRM turut menemui 24 kubur dalam operasi berkenaan.
"Sebanyak 12 kubur mengandungi rangka mayat berkafan dengan satu daripadanya mengandungi tiga mayat manakala 12 kubur lain kosong," katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.
Menurutnya, semua 14 rangka mayat itu dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, pada jam 6.30 petang untuk dirujuk kepada pakar patologi.
Beliau berkata, PDRM akan meneruskan misi menggali dan mengeluarkan rangka mayat di lokasi lain yang sudah dikenal pasti.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2015 @ 10:31 PM


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/56010#sthash.3Mht9bN0.dpuf

No comments:

Post a Comment