Sunday 7 June 2015

PM Thai ikrar tegas


REUTERS - SEKUMPULAN imigran Rohingya menadah air hujan di sebuah kem pelarian dekat jeti Kanyin Chaung di luar bandar Maungdaw, Myanmar kelmarin.


BANGKOK – Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-O-Cha (gambar kecil) menegaskan pegawai kerajaan yang terlibat dalam jenayah pemerdagangan manusia tidak akan dilindungi sekali gus berikrar menghapuskan industri itu.
Ketika berucap sempena hari anti­penyelu-dupan semalam, Prayuth berkata, kerajaannya bertekad membasmi penyeludupan manusia.
“Tiada tempat untuk penyeludup di negara ini sama ada mereka orang berpengaruh atau pegawai kerajaan,” katanya.
Selain itu, beliau turut me­nyatakan kebimbangan mengenai kesan penyeludupan manusia ke atas ekonomi Thailand.
“Penyeludupan manusia menghakis keyakinan luar ke atas industri perdagangan dan eksport yang membawa kesan buruk kepada ekonomi,” katanya.
Terdahulu pada minggu ini, pihak berkuasa menangkap seorang pegawai tinggi tentera Thailand berhubung dakwaan penyeludupan manusia. Tangkapan itu adalah yang pertama melibatkan pemimpin tentera berkaitan industri gelap itu.
Polis pula mengeluarkan puluhan waran tangkap berhubung siasatannya dengan lebih 50 suspek telah ditahan setakat ini termasuk beberapa pegawai tempatan.
Lebih 4,500 imigran tiba di Thailand, Malaysia, Indonesia, Bangladesh dan Myanmar sejak beberapa minggu lalu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan terdapat kira-kira 2,500 imigran lagi yang terkandas di Teluk Bengal atau Laut Andaman. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0606&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz3cMhCcSrG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment