Portal berita The Nation melaporkan, Timbalan pendakwa raya Somnuek Siangkong berkata, tarikh tersebut adalah berdasarkan jadual polis melengkapkan siasatan terhadap kes berkenaan pada 19 Jun ini.
Polis berkata, sebanyak 83 orang dikehendaki dalam kes penyeludupan manusia membabitkan etnik Islam Rohingya, yang terbongkar selepas penemuan beberapa kubur besar di selatan Thailand pada awal bulan ini.
Polis berkata, lima suspek terbaharu telah dikenal pasti dan akan ditangkap dalam tempoh terdekat.
“Tiga suspek terbaharu itu merupakan warga Thailand yang tinggal di daerah Sadao, Songkhla, selain dua orang rakyat Myanmar termasuk seorang etnik Rohingya,’’ kata polis.