Tuesday 28 May 2013

Peraturan had dua anak Rohingya diluluskan

Peraturan had dua anak Rohingya diluluskan
Etnik Rohingya dibenarkan memiliki dua anak sahaja.
YANGON - Pihak berkuasa Rakhine semalam meluluskan peraturan baru mengehadkan dua anak dalam sebuah keluarga etnik Rohingya di Rakhine, barat Myanmar.

Jurucakap kerajaan Rakhine Win Myaing berkata, perlaksanaan peraturan itu mula dikuatkuasakan di Buthidaung dan Maundaw.

“Oleh kerana jumlah kelahiran begitu tinggi, kami menguatkuasakan peraturan baru itu untuk mengawal kadar kelahiran yang semakin meningkat," katanya dipetik dari laporan  AP.

No comments:

Post a Comment