Thursday 2 May 2013

Seorang maut dalam keganasan terbaharu di Myanmar



02/05/2013 12:07am

OAKKAN, Myanmar - Keganasan agama di negara ini meragut satu lagi nyawa semalam apabila seorang lelaki berusia 29 tahun terbunuh selepas berlaku satu rusuhan di bandar ini, kata beberapa pegawai.
Punca rusuhan tersebut berlaku selepas seorang wanita Islam berselisih faham dan memukul seorang sami muda.
Dua buah masjid dan lebih 80 buah rumah di empat buah kampung sekitar bandar ini rosak dalam siri keganasan agama terbaharu.
“Sembilan orang turut cedera dalam rusuhan yang berlaku,” kata seorang pegawai yang enggan dikenali. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0502&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_19.htm#ixzz2S5K6dm5W 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment