Wednesday 29 May 2013

Diskriminasi terhadap Rohingya


YANGON 27 Mei - Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi, hari ini mengkritik peraturan baharu kerajaan yang menetapkan setiap keluarga etnik Rohingya Islam hanya boleh memiliki dua orang anak.
Pemimpin parti pembangkang, Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu menyifatkan peraturan tersebut sebagai satu bentuk diskriminasi yang tidak sepatutnya berlaku di negara ini.
"Peraturan itu bukan sahaja satu diskriminasi terhadap etnik Rohingya, malah ia juga melanggar hak asasi manusia," katanya.
Peraturan baharu itu diperkenalkan kononnya sebagai usaha mengurangkan ketegangan antara etnik Rohingya dan penganut Buddha selepas tercetusnya keganasan berdarah antara kedua-dua pihak tersebut. - AFP


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130528/lu_05/Diskriminasi-terhadap-Rohingya#ixzz2UexUlujF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment