Wednesday 22 May 2013

Myanmar hukum 7 penduduk Islam

 
 
Foto
Sebahagian daripada tujuh penduduk Islam Myanmar menerima hukuman penjara antara dua tahun hingga penjara seumur hidup selepas sabit kesalahan membunuh sami Buddha di mahkamah di Meikhtila.
Foto
Seorang penduduk Muslim didapati bersalah di mahkamah berteriak ketika dibawa keluar untuk menjalani hukuman di Yangon. AP

Seorang penduduk Muslim didapati bersalah di mahkamah berteriak ketika dibawa keluar untuk menjalani hukuman di Yangon. AP

Dipenjara antara dua tahun hingga seumur hidup, bunuh sami Buddha

Yangon: Myanmar semalam menjatuhkan hukuman penjara ke atas tujuh penduduk Islam dari dua tahun hingga seumur hidup selepas didapati bersalah tebabit keganasan agama Mac lalu yang menyebabkan berpuluh lain maut, kata seorang pegawai kehakiman.
“Suspek dipenjarakan atas tuduhan termasuk membunuh, menghasut untuk membunuh, membakar dan merosakkan terhadap harta benda awam”, kata Panglima Tentera Wilayah Mandalay, Ye Aung Myint kepada AFP menerusi telefon dari Meiktila.
Kami menghukum penduduk mengikut undang-undang berasaskan bukti yang dibentangkan dalam perbicaraan. Kami tidak berat sebelah berdasarkan agama” Ye Aung Myint, Panglima Tentera Wilayah Mandalay

Terlepas hukuman mati

Peguam tertuduh, Thein Than Oo berkata salah seorang anak guamnya Myat Ko Ko yang didapati bersalah membunuh seorang sami Buddha, terlepas hukuman mati, sebaliknya dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Than Oo berkata, anggota keluarga menangis di mahkamah selepas mendengar keputusan itu.

“Sama ada mereka akan mengemukakan rayuan bergantung kepada saudara-mara,” katanya kepada AFP.
Kerajaan berkata, sekurang-kurangnya 44 orang terbunuh dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal akibat keganasan, etnik dan agama di negara itu.

Tiga penduduk Islam termasuk pemilik kedai emas dihukum penjara 14 tahun April lalu kerana menyerang seorang pelanggan Buddha.

Setakat ini tiada penduduk Buddha disabitkan dengan dengan rusuhan di Meiktila, namun Ye Aung Myint menegaskan kedua-dua pihak dilayan sama rata.

“Kami menghukum penduduk mengikut undang-undang berasaskan bukti yang dibentangkan dalam perbicaraan. Kami tidak berat sebelah berdasarkan agama,” katanya.

Beliau berkata seramai 87 orang ditahan di Meiktila termasuk kira-kira 38 penduduk Buddha.

Serangan ke atas penduduk Islam yang mewakili empat peratus penduduk Myanmar, mendedahkan perpecahan ketara yang berlaku di negara yang pernah ditadbir tentera itu.

Jamin pelbagai perubahan

Pentadbiran baru Myanmar memberi jaminan akan melakukan pelbagai perubahan tetapi hasilnya masih samar walaupun mendapat pujian.

Sebilangan sami terbabit dalam pertempuran itu sementara yang lain mengetuai kempen kebangsaan menggesa pemulauan barangan milik pekedai beragama Islam. - AFP

No comments:

Post a Comment