Wednesday 8 May 2013

Enam penduduk Islam didakwa bunuh sami di Myanmar




PENDUDUK Islam duduk di sebuah padang di luar kampung Kyaw Boi Lay, tengah Myanmar, sehari selepas kediaman mereka musnah diserang kumpulan penganut Buddha pada 1 Mei lalu.


YANGON - Enam penduduk Islam yang dibicarakan di Myanmar boleh dihukum mati kerana membunuh seorang sami Buddha semasa keganasan agama baru-baru ini, kata seorang pegawai semalam.
Ketua Hakim Wilayah Mandalay, Ye Aung Myint berkata, keputusan kes tersebut akan diketahui Jumaat ini.
"Jika mereka didapati bersalah kerana membunuh, mereka akan dihukum mati," katanya.
Menurut Aung Myint, keenam-enam tertuduh terdiri daripada seorang pemuda berusia 20 tahun sebagai suspek utama dan lima konconya yang juga dituduh membunuh.
Suspek ketujuh akan dihadapkan ke mahkamah juvenil dengan polis kini memburu empat suspek lain yang dipercayai terlibat dalam kejadian itu.
Sekurang-kurangnya 43 orang maut manakala beribu-ribu lagi hilang tempat tinggal pada Mac lalu dalamn gelombang keganasan yang berpunca daripada pertengkaran di sebuah kedai emas di bandar Meiktila, tengah Myanmar.
Seorang sami Buddha dibunuh susulan pertengkaran itu.
Insiden itu mencetuskan kekacauan di wilayah berkenaan dengan orang islam dijadikan sasaran.
Pada bulan lalu pemilik kedai emas tersebut dan dua penduduk Islam dihukum penjara 14 tahun kerana menyerang seorang pelanggan beragama Buddha.
Setakat ini, tiada penganut Buddha yang dijatuhi hukuman berhubung kekacauan itu.
Keganasan melibatkan etnik Islam Rohingya dengan penduduk beragama Buddha di Oakkan, sekitar 100 kilometer dari sini pada minggu lalu menyebabkan seorang terbunuh manakala beberapa buah masjid dan rumah musnah. - AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0508&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz2SfzS3lbR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment