Sunday 5 May 2013

Keganasan anti-Islam merebak lagi



Yangon: Polis Myanmar semalam menahan dua pengganas selepas beberapa kedai milik masyarakat Islam dibakar di negeri Kachin di utara Myanmar dalam konflik terbaru keganasan etnik.

Myanmar dilanda ketegangan agama etnik selepas beberapa siri pergolakan Mac lalu yang menyaksikan sami dan penduduk Buddha menyerang penduduk Islam.
Ini adalah kali pertama keganasan dilaporkan di negeri Kachin yang majoriti penduduknya beragama Kristian tetapi turut didiami beberapa etnik lain.

“Kami menahan dua orang di tempat kejadian dan masih menyiasat mereka.


“Kami akan mendakwa mereka jika ada bukti mencukupi,” kata seorang pegawai polis di negeri Kachin kepada media ekoran keganasan malam Jumaat lalu.



Bersempadan dengan China, wilayah terpencil yang kaya dengan sumber semula jadi itu kini terbabit dengan konflik antara pemberontak etnik Kachin dan tentera Myanmar.

“Kira-kira 30 orang tiba pada waktu malam dan membaling batu ke arah kedai dan kediaman kami,” kata penduduk Islam, Moe Moe Lwin, 46, dari kampung Hpakant, Kachin.

“Kami tidak dapat melakukan apa-apa kecuali melihat mereka memusnahkan kedai kami...kami akan pergi buat sementara waktu. Kami tidak tahu bagaimana untuk meneruskan hidup,” katanya sambil menambah dia percaya orang luar yang bertanggungjawab terhadap serangan itu.

Seorang penduduk Buddha berdekatan mengesahkan kedai dan kediaman orang Islam dimusnahkan di tiga tempat di kawasan itu.

Keganasan anti-Islam di Oakkan kira-kira 100 kilometer ke utara Yangon Selasa lalu menyebabkan seorang maut dan menyaksikan dua masjid dan kediaman dimusnahkan. - AFP

No comments:

Post a Comment